|

Perutusan Ketua Pengarah
Lembaga Pertubuhan Peladang
Assalamulaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,
Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya laman portal pemasaran dapat dibangunkan oleh LPP. Pembangunan portal ini tepat pada masanya memandangkan kini mempromosikan produk melalui medium internet telah menjadi satu keadah atau “trend” pada zaman yang serba canggih, maka amatlah sesuai portal ini diwujudkan selaras dengan kemajuan yang ingin dicapai oleh Pertubuhan Peladang.
Syabas diucapkan kepada Bahagian Perniagaantani, Lembaga Pertubuhan Peladang kerana telah berjaya membangunkan portal e-pemasaran yang akan bertindak sebagai penghubung diantara penjual dan pembeli khususnya Petubuhan Peladang dan ahli-ahli peladang seluruh Malaysia. Portal e-pemasaran LPP ini dikenali dengan nama ‘e-peladang’. Saya melihat internet sebagai platform terbaik bagi Pertubuhan Peladang dan ahli-ahli peladang memperluaskan pasaran kerana perkhidmatannya lebih mudah, cepat dan berkesan. Pertubuhan Peladang serta ahli mesti yakin dan sedar untuk menggunakan pasaran dalam talian bagi memperkukuhkan rangkaian pemasaran produk peladang.
Saya yakin epeladang.com.my akan menjadi sebuah aset kepada komuniti pertanian yang terlibat dalam industri pertanian. e-peladang telah membuat inovasi dan pendekatan yang unik dengan memberi aplikasi yang berguna kepada Pertubuhan Peladang serta ahli mendapatkan pulangan dan nilaian yang tinggi, setimpal dengan perit jerih mereka.
Tuan Haji Arpan Shah Bin Satu Ketua Pengarah Lembaga Perubuhan Peladang
|