Carian Terperinci  
Ruangan Berita
Ternakan Ayam Kampung Jana Pendapatan

Pemilihan beliau sebagai seorang peserta e-Kasih adalah ekoran daripada pengumuman kerajaan bahawa Parlimen Kuala Krai diisytiharkan sebagai Parlimen Angkat kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA) pada tahun 2008, dengan matlamat untuk membasmi kemiskinan kepada 100 orang penduduk miskin tegar. Ini selaras dengan pendekatan kerajaan, “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” di mana MoA telah menetapkan salah satu Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kepada YB Menteri ialah meningkatkan pendapatan Golongan Berpendapatan Rendah.


Untuk merealisasikan hasrat kerajaan berkenaan, beberapa projek ekonomi pertanian telah diberikan secara pakej kepada 100 orang peserta terpilih dengan nilai bantuan sebanyak RM10,000.00 seorang. Semua peserta diwajibkan menghadiri Kursus Pembangunan Modal Insan dan Kursus Teknikal sebelum melaksanakan projek, termasuklah En Mohd Zulkafli bin Che Man. Selain itu, peserta juga dibimbing dan projek mereka dipantau serta diselia oleh Jabatan dan Agensi teknikal yang terlibat dalam bidang masing-masing. Manakala FAMA dipertanggungjawabkan untuk menguruskan pemasaran hasil-hasil yang dikeluarkan.


En Zulkafli yang memulakan projek ternakan ayam kampung pusingan pertama sebanyak 600 ekor telah mengurus dan menjaga ternakan dengan baik dimana daripada jumlah ayam yang diternak, hanya 4 ekor sahaja yang mati. Ini disebabkan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh beliau terhadap projek, dan atas inisiatif serta hasrat beliau untuk lebih berjaya, dengan sedikit nasihat dan idea yang diberikan oleh PPK Kuala Krai, beliau telah memasarkan sendiri ayamayam yang diternak. Hasilnya beliau telah memperolehi pendapatan jualan ayam pusingan pertama sebanyak lebih daripada RM6,000.00 sedangkan peserta lain hanya memperolehi antara RM2,000.00 hingga RM3,500.00 sahaja.Sejak dari itu, Zulkafli tidak menoleh kebelakang lagi. Ternakan pusingan kedua dimulakan pada pertengahan Februari 2011 dengan memasukkan sejumlah 1,000 ekor anak ayam. Selain itu, bagi memastikan bekalan ayam sentiasa mencukupi untuk menampung permintaan semasa, beliau telah mewujudkan 3 orang mantee (penternak ayam kampung) dibawah kelolaannya sendiri dikawasan berdekatan. Dalam usaha mengembangkan lagi pemasaran dan sebagai memenuhi permintaan yang semakin meningkat, beliau telah membuat perjanjian tidak rasmi dengan PPK Kuala Krai, dimana beliau telah dilantik sebagai agen pemasar ayam kampung yang diternak oleh semua peserta e-Kasih yang lain. Sehingga kini, beliau telah membeli kesemua ayam kampong daripada 10 orang penternak yang terlibat, yang semuanya adalah peserta program e-Kasih. Kesemua ayam yang dibeli adalah dijual sebagai ayam proses segar dengan kadar harga antara RM9.00 hingga RM9.50/kg. Kini beliau boleh berbangga kerana beliau telah dikenali di Kuala Krai sebagai pembekal utama ayam kampong.


Setelah mengusahakan projek ini selama 4 bulan, En Zulkafli telah berhenti daripada menjadi penoreh getah dan menumpukan masa sepenuhnya terhadap usaha yang dijalankan ini. Dan Alhamdulillah, sehingga akhir Mei 2011, beliau telah memperolehi nilai jualan ayam kampung terkumpul sebanyak hampir RM50,000.00 dengan purata jualan sebulan sebanyak RM12,500.00. Dalam tempoh itu, telah dapat dilihat beberapa perubahan kemajuan dan impak yang telah dicapai oleh En Zulkafli, diantaranya:


• Membeli sebuah motorsikal terpakai untuk mengangkut ayam proses ke pasar dengan harga RM2,500.00 secara tunai.

• Melantik 4 orang pekerja untuk memproses ayam yang ditempah.

• Melantik seorang ejen pemasar di Pasar Borong Kuala Krai berasaskan komisen.

• Membeli sebuah freezer berharga RM800.00 untuk penyimpanan ayam sembelih.

• Telah membina sebuah reban tambahan dengan kapasiti 850 ekor.

• Beliau dilantik sebagai penceramah mengenai ternakan ayam kampung dalam kursus-kursus anjuran LPP Kelantan.


Disebabkan permintaan yang semakin bertambah namun keupayaan memproses ayam memakan masa yang agak panjang, maka beliau telah memohon kredit daripada PPK Kuala Krai sebanyak RM1,500.00 untuk membeli sebuah mesin mencabut bulu ayam, dan dengan adanya mesin berkenaan, beliau kini telah mempu memproses ayam dalam tempoh masa yang singkat dan dapat membekal ayam proses ke pasaran dengan segera dan dapat memenuhi permintaan pelanggan dengan cekap dan dalam masa yang diperlukan. Menurut En Zulkafli, pada masa ini beliau menghadapi sedikit masalah berkaitan modal pusingan terutama sekali apabila pembelian ayam-ayam dari peserta yang dilakukan dalam kuantiti yang besar dan kos untuk makanan bagi ayam yang diternak sendiri. Pada masa ini beliau telah memperolehi pinjaman daripada TEKUN sebanyak RM5,000.00 namun masih tidak dapat menampung kos operasi. Oleh itu, beliau kini sedang berurusan untuk membuat Pendaftaran Perniagaan yang mana dengannya nanti, isteri beliau akan menggunakannya untuk membuat pinjaman dengan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sebanyak RM50,000.00. Bagi menyokong permohonan pinjaman ini, beliau amat memerlukan Surat Perakuan atau Surat Perlantikan Sebagai Usahawan Mikro daripada pengurusan LPP. Apabila ditanya mengenai petua bagaimana untuk memastikan projek ayam kampung ini berjaya, En Zulkafli menggariskan petua berikut:


• Rajin memerhati tabiat ayam pada setiap masa, siang dan malam.

• Amalkan sistem penjagaan yang baik dan sistematik.

• Tidak lokek untuk membeli ubatubatan dan vitamin.

• Sering berkongsi ilmu dengan rakanrakan penternak.

• Rajin bertanya dan berurusan dengan jabatan dan agensi.

• Paling penting, semangat mesti tinggi, kental dan sabar.


Saranan dan nasihat beliau kepada semua peserta program e-Kasih, walau berada di mana sahaja, bersyukurlahkepada Allah kerana kita sebenarnya terpilih untuk berubah dan telah diberi jalan olehNya untuk merubah nasib diri dan keluarga kita. Tinggal lagi, jagalah projek dan usahakan projek yang diberi oleh kerajaan dengan sebaik mungkin agar kita benar-benar berjaya merubah nasib kita kearah yang lebih baik. Ingatlah, “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib kita, melainkan kita sendiri berusaha untuk mengubahnya”.

 
TERNAKAN ITIK TELUR – SUMBER PENDAPATAN TAMBAHAN

Bidang ternakan kini semakin mendapat perhatian untuk di usahakan. Kebiasaannya ternakan yang popular adalah jenis unggas dan ruminan. Pendapatan yang lumayan dapat dijana sekiranya perlaksanaan dan pemasaran dapat dilakukan dengan sempurna. Kebanyakan ternakan komersial yang diusahakan di Malaysia adalah seperti ternakan lembu,kambing dan ayam. Sungguhpun demikian Malaysia kini masih lagi mengimport masuk bekalan makanan. 

Melihat kepada bekalan makanan dalam negara yang kurang mencukupi, maka kerajaan menyarankan agar pelbagai aktiviti ternakan  omersial dilaksanakan. Bagi menyahut cabaran ini, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pitas mengambil inisiatif untuk menjadi pembimbing kepada projek ternakan itik telur. PPK Pitas telah diberi tanggungjawab sebagai ejen pelaksana untuk projek ternakan itik telur dibawah bimbingan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP). Projek ini adalah salah satu projek dibawah ‘KPI Menteri’.

PPK  Pitas adalah antara PPK yang mendapat kepercayaan untuk memberi bantuan kepada 18 orang peserta untuk melaksanakan projek ternakan itik telur. Projek dikendalikan oleh peserta sendiri dengan bantuan dan khidmat nasihat dari anggota PPK. Bagi membantu memudahkan peserta, hasil produk ini akan dibeli semula oleh PPK untuk dipasarkan. Sehingga kini hasil projek dipasarkan adalah di sekitar Pitas, Kota Marudu, Kota Kinabalu dan Tawau. Setiap peserta projek diberi bantuan dengan kos permulaan sebanyak RM 10,000 termasuk baka dan reban bagi seorang peserta. Projek ini telah mula dilaksanakan pada tahun 2009. PPK Pitas turut menjadi contoh kepada PPK lain di Sabah atas kejayaan membimbing penternaknya sehingga berjaya.

PEMILIHAN BAKA

Aspek pemilihan baka amat penting, ia perlu dilakukan dengan berhati-hati kerana pemilihan baka adalah faktor penting untuk menentukan pengeluaran telur yang berkualiti. Di Malaysia, antara baka yang sesuai adalah kacukan ‘Khaki Champbell’ dari Thailand, Taiwan dan Australia. Jenis ‘Khaki Champbell’ merupakan salah satu jenis yang paling produktif masa kini berbanding dengan itik jenis lain seperti ‘Indian Runners’ dan ‘Taiwan Tsaiya’. Untuk mendapatkan telur itik yang berkualiti dan baik, maka ciri-ciri pemilihan baka perlu dilihat secara terperinci. Berikut adalah ciri-ciri itik penelur yang berkualiti :

• Mempunyai daya hidup yang tinggi.

• Bebas dari kecacatan.• Berat telur yang dihasilkan adalah 65 – 75 gm sebiji

.• Kulit telur adalah keras

.• Warna kuning telur adalah kemerahmerahan.

• Saiz badan itik adalah sederhana dan mempunyai  berat antara 1.3 – 1.8 kg semasa bertelur.


RUMAH DAN PERALATAN TERNAKAN 

Sama seperti ternakan ayam, ternakan itik juga perlu mempunyai kelengkapan untuk habitatnya. Rumah dan peralatan yang betul diperlukan untuk memelihara tahap kesihatan dan kualiti itik. Peredaran udara yang sempurna dan baik dapat menolong mengeringkan kelembapan dan menghapuskan gas ammonia dari najis itik. Saiz rumah juga perlu bersesuaiandengan jumlah itik yang diternak supaya dapat membesar dengan sempurna. Saizyang sesuai bagi seekor itik dewasa ialah 3 – 4 kaki persegi. Dari segi kemasan rumah, reban itik seeloknya didindingkan lebih kurang 3 kaki dari paras lantai. Pintu reban perlu dibuat dengan menghala  ke kawasan lapang supaya itik-itik yang dikurung pada malam hari selamat dari musuh dan tidak bertelur di merata kawasan. Rumah itik juga perlu mempunyai rekabentuk yang sesuai untuk memudahkan penternak membersih, merawat dan mengumpul telur.Selain itu, peralatan yang diperlukan untuk ternakan itik ini adalah seperti bekas makanan/minuman, sarang bertelur, bekas telur, baldi, skop pembancuh makanan dan sebagainya. Rumah dan peralatan yang selesa dan mencukupi penting untuk mendapatkan hasil telur yang elok.


PEMAKAN

Antara  faktor penting dalam menentukan penghasilan dan kejayaan projek ternakan adalah pemakanan. Pemakanan boleh dikawal bagi mendapatkan hasil yang memuaskan. Dari aspek ekonomi, bahan makanan akan menentukan kos pengeluaran. Oleh itu, penternak mestilah peka dan pandai memilih jenis bahan makanan yang baik dan sekaligus dapat membantu menjimatkan perbelanjaan dalam perlaksanaan projek. Kebiasaaannya, makanan untuk ternakan itik boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu bahan makanan komersil dan makanan campuran sendiri. Bagi bahan makanan komersil, ia disediakan mengikut peringkat umur itik serta dilengkapi dengan kandungan protein dan tenaga yang bersesuaian seperti jadual disebelah.Untuk bahan makanan komersil pula, ia memerlukan satu rumusan makanan yang mengandungi zat-zat keperluan dari bahan-bahan yang murah didapati dan diadun sendiri bagi penghasilan yang berkualiti. Penggunaan bahan campuran adalah berbeza dari makanan komersil.Antara bahan yang diperlukan ialah beras hancur, dedak padi, baja ikan, baja udang, serbuk kacang soya, ‘layer premix’ vitamin dan galian, batu kapur, jagung, ‘synthetic pigment’ dan lain-lain. Mengawal bahan makanan adalah amat penting dalam penternakan itik. Ia perlu dilakukan sejak umurnya 7 minggu. Kawalan makanan boleh dilakukan dengan melihat berat badan itik supaya bersesuaian dimana berat semasa bertelur bagi seekor itik adalah 1.3kg hingga 1.75kg.Kesihatan dan Kawalan PenyakitItik yang tergolong dalam kelompok unggas. Ia amat berpotensi untuk diserang penyakit. Antaranya penyakit yang biasa menyerang ternakan itik adalah ‘duck cholera’, ‘salmonellosis’, ‘pollurom’ dengan berak kapur, ‘botulismus’ dan penyakit cacing yang boleh menyebabkan kematian. Untuk itu, pencegahan yang rapi perlu dilakukan oleh penternak untuk mengelak dari mengalami kerugian akibat penyakit. Kawalan harus dilakukan bagi mengelakkan dari terkena serangan penyakit. Pencegahan tersebut adalah seperti :

• Menjaga kebersihan ladang setiapmasa.

• Memberi makanan yang baru, bermutudan tidak berkulat.

• Memberi air bersih dimana iamengandungi ubat ‘antistress’.

• Itik yang menunjukkan tanda sakitperlulah diasingkan untuk rawatan.

• Mencuci reban dengan pembasmikuman  seperti Lysol, lindoress sebelum ketibaan anak-anak itik yang baru.


Selain  aspek pemilihan baka, rumah dan peralatan serta kesihatan dan kawalan penyakit. Faktor pengurusan yang cekap juga amat penting. Ini perlu dilakukan bagi mendapatkan telur itik yang sihat dan berkualiti. Apsek pengurusan adalah merangkumi persediaan sebelum ketibaan anak itik, pemeliharaan semasa perindukan, pengurusan semasa membesar dan pengurusan semasa bertelur. Keperluan pengurusan ini perlu dilaksanakan dengan teliti bagi memastikan projek tersebut berjaya. Penghasilan  kepada telur itik yang segar adalah dari penjagaan dan pemeliharaan yang sempurna oleh penternak. Namun begitu terdapat juga faktor yang tidak dapat dikawal seperti bencana alam. Pengurusan rekod yang baik juga penting untuk mengetahui kedudukan projek, untung/rugi projek, titik pulang modal dan sebagainya.

 
Produk keluaran PPK Paya ke luar negara

Sumber : KOSMO

28 September 2011 

KANGAR - Produk makanan ringan keluaran Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Paya bakal menembusi pasaran luar negara tidak lama lagi.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu berkata, bagi merealisasikan perkara itu, PPK Paya akan menjalin kerjasama dengan syarikat penerbangan tambang murah Air Asia bagi memasarkan produk yang dikenali sebagai ”Vakum Fried Chip” itu di negara yang menjadi destinasi syarikat penerbangan itu.

Memorandum persefahaman antara pertubuhan peladang itu dan Air Asia dijangka diadakan Mei ini, katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran program Desa Harumanis di Padang Pauh Selatan dekat sini hari ini. - Bernama

 
PPNJ catat untung bersih RM28.75j

Artikel Utusan Malaysia
ARKIB : 27/05/2011

NORZAINURA ABDUL MAJID
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya

BATU PAHAT 26 Mei - Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) mencatat keuntungan bersih RM28.75 juta bagi tahun kewangan 2010 iaitu meningkat hampir sekali ganda berbanding RM14.90 juta pada tahun sebelumnya.

Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Arpan Shah Satu berkata, pencapaian membanggakan itu membuktikan pelaburan PPNJ dalam enam anak syarikatnya menunjukkan kemajuan positif pada tahun lalu.

Menurutnya, PPNJ yang mempunyai 13,000 ahli bergerak aktif dan menjadikan komoditi kelapa sawit sebagai perniagaan utama yang meliputi perladangan, pemasaran, pemprosesan dan khidmat rundingan.

"Bagi sektor ternakan ayam pedaging, PPNJ masih meneruskan usaha menambah baik pengurusan dan strategi perniagaan untuk mencapai skala ekonomi yang lebih baik," katanya semasa merasmikan Program Transformasi Peladang, dekat sini baru-baru ini.

Turut hadir, Pengarah LPP negeri, Mohd. Naser Haron; Pengurus Besar PPNJ, Ab. Rahman Ismail dan Pengerusi PPNJ, Mohd. Yusof Md. Salleh.

Arpan Shah berkata, program transformasi itu bertujuan menambah baik produk mereka dengan menggunakan teknik penjagaan yang lebih baik.

Beliau berharap menerusi program yang dijalankan, persepsi masyarakat dan pekebun kecil dapat diubah supaya menjadikan pertanian sebagai satu perniagaan.

Mohd. Yusof pula berkata, setiap bulan PPNJ menyediakan modal pusingan perniagaan pemasaran kelapa sawit kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) sebanyak RM10 hingga RM14 juta mengikut harga semasa komoditi itu.

 
PPK Kangkong dapat RM315,000

ARKIB : 28/05/2011

PASIR MAS 27 Mei - Lebih 4,000 ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kangkong akan mendapat faedah apabila kilang menggred beras milik pertubuhan itu di Lemal mula beroperasi Julai ini.

Pengerusinya, Mohd. Yaman Mohamad berkata, Kerajaan Pusat telah menyalurkan peruntukan RM315,000 kepada PPK tersebut untuk menubuhkan kilang berkenaan.

Beliau berkata, kilang itu akan memproses dan menggred beras sebelum komoditi itu dijual kepada pemborong.

"Operasi kilang akan memberikan tambahan aktiviti kepada PPK, termasuk peluang pekerjaan kepada ahli-ahli," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

 
<< Mula < Sblm 1 2 3 4 Kemudian > Akhir >>

Muka 1 daripada 4

Iklan IKS 543x70


Banner
Banner
Banner


blank-white

Produk Hangat


Membekal benih keli 3" dan keli matang
Membekal benih keli 3" dan keli matang
( / Akuakultur)
Jumaat, 18 Mei 2012
noimage
Kraftangan Daripada Kelapa
( / Agro Pelancongan)
Selasa, 15 Mei 2012
Coklat "Home made"
Coklat "Home made"
( / Industri Asas Tani)
Isnin, 07 Mei 2012
KAMI MEMBELI SARANG BURUNG WALI T MENTAH
KAMI MEMBELI SARANG BURUNG WALI T MENTAH
( / Ternakan)
Jumaat, 20 April 2012
noimage
PEMBEKAL BAJA TAHI AYAM
( / Sayur-sayuran)
Khamis, 29 Mac 2012
noimage
BAJA ORGANIK CECAIR
( / Industri Asas Tani)
Khamis, 29 Mac 2012
Lembu untuk dijual!!!
Lembu untuk dijual!!!
( / Ternakan)
Jumaat, 23 Mac 2012
HoMeStAy
HoMeStAy
( / Agro Pelancongan)
Jumaat, 09 Mac 2012

Jabatan/Agensi

JoomlaWatch 1.2.12 - Joomla Monitor and Live Stats by Matej Koval