|
PPK Kangkong dapat RM315,000 |
|
ARKIB : 28/05/2011
PASIR MAS 27 Mei - Lebih 4,000 ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kangkong akan mendapat faedah apabila kilang menggred beras milik pertubuhan itu di Lemal mula beroperasi Julai ini.
Pengerusinya, Mohd. Yaman Mohamad berkata, Kerajaan Pusat telah menyalurkan peruntukan RM315,000 kepada PPK tersebut untuk menubuhkan kilang berkenaan.
Beliau berkata, kilang itu akan memproses dan menggred beras sebelum komoditi itu dijual kepada pemborong.
"Operasi kilang akan memberikan tambahan aktiviti kepada PPK, termasuk peluang pekerjaan kepada ahli-ahli," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.
|