5 daerah hasilkan nangka madu

Oleh MUSAZLILA MUSTAPAR
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

TEMERLOH 13 Ogos - Projek tanaman nangka madu di kawasan seluas 2,832 hektar di lima daerah di Pahang Barat yang dimulakan padThis email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.a 2006, bakal mengeluarkan hasil tahun depan.


Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Temerloh, Abu Hanipah Majid berkata, lima daerah yang terlibat dalam projek penanaman nangka madu itu ialah Raub, Lipis, Temerloh, Maran dan Bentong.


Menurut beliau, sebanyak 12,000 tan nangka madu bakal dikutip daripada kawasan tersebut dengan pulangan dijangka mencecah jutaan ringgit.


"Nangka madu mempunyai pasaran baik di dalam dan luar negara dan ia boleh dijual dengan harga antara RM8 hingga RM10 sekilogram.


"Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan koperasi dipelawa menceburi industri hiliran itu kerana ia menjanjikan pendapatan lumayan dalam tempoh singkat," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di sini, hari ini.


Abu Hanipah berkata, mengusahakan nangka madu tidaklah cerewet sebagaimana tanaman lain.


"Penjagaannya tidak terlalu sukar dan ia boleh mengeluarkan hasil dalam tempoh tiga tahun," katanya.

 

 

Menurut beliau, penduduk yang mempunyai kawasan tanah terbiar digalak mengusahakan nangka madu kerana Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan PPK menyediakan benih atau jentera bagi mengusahakan tanaman tersebut.

 


"Selain boleh dimakan, nangka madu juga boleh dibuat jus minuman dan makanan ringan seperti cip dan jem," katanya.


Beliau berharap cadangan LPP untuk membina sebuah kilang memproses nangka madu akan dapat disegerakan.


"Ini membolehkan pengeluaran nangka madu dalam kuantiti yang banyak itu dapat diproses untuk dijadikan pelbagai jenis makanan," jelasnya.


Beliau juga meminta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) membeli dan memasarkan hasil yang diusahakan petani itu bagi mengelakkan lambakan dan kejatuhan harga.


Abu Hanipah berkata, antara langkah yang boleh diambil FAMA ialah mengadakan perjanjian Ladang Kontrak dengan pengusaha nangka madu terbabit dalam usaha menjamin hasil pertanian itu mendapat pasaran dengan harga berpatutan.


"Langkah ini perlu diperluaskan ke kawasan lain termasuk di perkampungan Orang Asli dan tanah rancangan Felda supaya ia menjadi perangsang kepada petani dan orang ramai untuk mengusahakan tanah mereka dengan projek pertanian," katanya.


Acara Terkini

Kategori Acara

  • Acara Umum
    Acara Umum

    Acara Umum

    2 Events
  • Aktiviti
    Aktiviti

    Aktiviti

    0 Events

Iklan Terkini

Benih Durian Duri Hitam 4kaki
( / Buah-Buahan)

Benih Durian Duri Hitam 4kaki
04-23-2018

Tongkat Ali Jaga
( / Industri Asas Tani)

Tongkat Ali Jaga
04-23-2018

Kopi Susu Kambing
( / Industri Asas Tani)

Kopi Susu Kambing
04-23-2018

Jumlah Pengunjung

© 2009-2018 by GPIUTMD