Carian Terperinci  

Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini697
mod_vvisit_counterSemalam10062
mod_vvisit_counterMinggu Ini79957
mod_vvisit_counterMingu Lepas99057
mod_vvisit_counterBulan Ini281206
mod_vvisit_counterBulan Lepas292265
mod_vvisit_counterKeseluruhan2228738
e-peladang - Portal & Direktori Jual-Beli Usahawan LPP
Nafas bina kilang makanan ayam

PASIR SALAK 19 Julai - Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) akan melaksanakan projek mengeluarkan makanan ternakan ayam sebagai penyelesaian jangka panjang untuk membendung kenaikan harga haiwan itu di pasaran.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, Nafas akan bekerjasama dengan sebuah syarikat pengeluar makanan ayam terkenal di India untuk membuka sebuah kilang di sini.

Beliau berkata, kilang itu akan mengeluarkan makanan ayam sendiri bagi mengurangkan kebergantungan kepada bahan diimport dari luar negara.

"Kita arahkan Nafas mulakan projek tersebut sebagai penyelesaian jangka panjang kepada kenaikan harga ayam. Di peringkat permulaan, pengeluaran kilang tersebut tidak besar sangat dan tidak boleh memenuhi permintaan makanan ternakan ayam dalam negara.

"Namun, ini merupakan projek perintis dan jika kita dapati projek tersebut mendapat sambutan, Nafas akan membuka lebih banyak kilang makanan ayam ternakan itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid al-Ansar, Chenderong Balai di sini semalam.

Mengulas lanjut, Tajuddin berkata, masalah kenaikan harga ayam pada masa ini disebabkan peningkatan harga kos bahan makanan ayam terutamanya jagung dan sayur yang diimport dari luar negara.

Namun, katanya, negara masih terpaksa mengimport bahan makanan ayam tertentu seperti jagung dan sayur-sayuran yang diproses kerana tanaman tersebut tidak sesuai dengan iklim di sini.

"Jagung itu bukan seperti jagung manis yang ditanam di Malaysia tetapi jenis lain. Jagung ini tidak boleh ditanam di Malaysia tetapi di negara yang mempunyai tanah dan iklim sesuai seperti India," katanya.



Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130720/dn_04/Nafas-bina-kilang-makanan-ayam#ixzz2mSjnuSop
© Utusan Melayu (M) Bhd

 
LPP memperuntukkan kira-kira RM4 juta bagi membeli kenderaan pengangkut

Sumber : www.lpp.gov.my

TEMERLOH 4 April - Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) memperuntukkan kira-kira RM4 juta bagi membeli sembilan buah lagi kenderaan pengangkut yang diperlukan untuk membawa jentera traktor empat roda, jengkaut dan jentuai ketika musim penanaman padi.

Ketua Pengarah LPP, Datuk Arpan Shah Satu berkata, dengan penambahan tersebut, LPP kini mempunyai 19 buah kenderaan pengangkut sekali gus diharapkan dapat melicinkan lagi urusan membawa jentera untuk kegunaan pesawah di seluruh negara. "Menerusi pusat perkhidmatan jentera Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) sedia ada, kita hanya menyediakan 30 peratus sahaja perkhidmatan kenderaan pengangkut untuk membawa jentera terbabit ke kawasan tanaman padi di seluruh negara. "Selebihnya terpaksa menyewa kenderaan swasta mengikut jarak perjalanan serta tempoh masa yang digunakan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut beliau, semua jentera terbabit sudah diagihkan kepada 18 buah pusat perkhidmatan jentera PPN termasuk di Sabah bagi mengangkut 194 buah jentuai dan 628 buah traktor sepanjang musim penanaman padi setiap tahun. Katanya, petani yang memerlukan perkhidmatan jentera terbabit perlu membuat permohonan kepada PPN di kawasan masing-masing dengan memberi tarikh dan masa yang diperlukan untuk penyelarasan.

Arpan Shah memberitahu, LPP bertanggungjawab menguruskan kira-kira 61,000 hektar tanaman padi daripada jumlah keluasan padi seluruh negara berjumlah 100,000 hektar yang diusahakan oleh 70,000 ahli Pertubuhan Peladang yang terbabit dengan tanaman padi. Katanya lagi, LPP akan terus memberikan perkhidmatan kepada para petani dalam usaha meningkatkan pengeluaran hasil pertanian dan pendapatan mereka di samping mengurangkan import bahan makanan negara.

 
NS ke arah pengeluar buah-buahan tempatan

ARKIB : 11/02/2013 JELEBU 10 Feb. - Sebanyak 40 batang pokok ditanam di kawasan rezab Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) daerah ini berhampiran pertemuan Sungai Teriang dan Sungai Klawang sempena program My Beautiful Malaysia di sini hari ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang, Datuk Yunus Rahmat berkata, usaha yang dilakukan itu bertujuan menjadikan kawasan pertemuan dua sungai itu satu daya penarik kepada orang ramai untuk datang berkunjung ke sini. ''Pokok yang ditanam itu ialah rambutan, pulasan dan durian.Pokok ini dibekalkan oleh Jabatan Pertanian nengeri dan akan dijaga dan dibaja oleh kakitangan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) negeri ini," katanya di sini semalam. Tambah Yunus yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, program itu turut disertai 24 jabatan kerajaan, selain pemimpim masyarakat dan orang ramai. ''Sebanyak 3,000 anak pokok buah-buahan telah dibekalkan ke setiap daerah supaya dapat diagihkan ke setiap rumah. ''Selepas ini, kita merancang untuk melaksanakan penanaman pokok nanas, di mana akan dibekalkan oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), sebagai tanaman selingan dengan pokok yang ditanam hari ini," ujarnya. Kata Yunus, dengan adanya tanaman nanas itu kelak, kerajaan negeri berharap akan menjadi pengeluar buah-buahan untuk pasaran penduduk Lembah Klang, selain memenuhi permintaan dalam negeri ini. © Utusan Melayu (M) Bhd

 
Penternak Ikan Air Tawar Diseru Tingkat Pengeluaran

ARKIB : 16/02/2013 TANAH MERAH 15 Feb. - Kelantan mengalami kekurangan bekalan ikan air tawar berikutan kekurangan benih ikan, di samping harga makanan ikan yang sentiasa meningkat.

Pengarah Perikanan negeri, Datuk Mohamad Mat Seman berkata, berbanding bekalan ikan laut berada pada tahap stabil iaitu sebanyak 80,000 tan setahun, sebaliknya bekalan ikan air tawar hanya sekitar 3,000 hingga 4,000 tan setahun. Katanya, tidak dinafikan bahawa ikan air tawar kurang mendapat sambutan di negeri ini tetapi berikutan penerangan dan promosi yang dilaksanakan kerajaan, ikan jenis tersebut semakin mendapat sambutan.

Malah katanya, semakin banyak restoran termasuk di kawasan pantai dan pedalaman di negeri ini yang menyediakan hidangan ikan tawar bagi memenuhi permintaan pelanggan mereka. "Justeru penternak ikan air tawar di negeri ini perlu merebut peluang menternak ikan berkenaan bagi memenuhi pasaran dalam dan luar Kelantan," katanya berucap dalam Mesyuarat Agung Persatuan Ikan Air Tawar Negeri Kelantan (PIKAT) di Dewan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tanah Merah di sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Ketua Jajahan Tanah Merah, Zamri ismail.Yang turut hadir, Pengerusi PIKAT, Maimun Awang dan Timbalannya, Aziz Rashid. Menurut Mohamad, penternak ikan air tawar perlu melengkapkan diri mereka dengan pelbagai maklumat mengenai industri berkenaan termasuk dalam aspek memproses benih ikan. "Semua jenis ikan air tawar antaranya, keli, tilapia merah, tilapia hitam, jelawat, patin menjadi kegemaran ramai dan boleh diternak dengan banyaknya. "Tambahan pula, harga pasaran ikan tersebut juga amat baik, seperti keli, kini berharga RM5 sekilogram berbanding harga borong sekitar RM3 sekilogram," katanya. © Utusan Melayu (M) Bhd

 
Tingkatkan Hasil Padi Negara

Sumber : www.lpp.gov.my

Oleh MUHAMMAD AZRUL RADI

Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya

KUALA LUMPUR 13 Feb. - Industri padi dan beras di Malaysia perlu diberi perhatian dan dipertingkatkan kerana hanya menghasilkan 70 peratus bekalan negara manakala selebihnya terpaksa diimport.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Dr. Baharom Jani berkata, senario itu jika dibiarkan berterusan tanpa sebarang pelan tindakan dibimbangi akan menjejaskan bekalan makanan negara.

"Antara kesan yang merisaukan adalah sekiranya bekalan makanan kita terputus, maka pasti kita akan mengalami kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan dari negara jiran kerana mereka juga menjaga keperluan makanan sendiri.

"Beras adalah makanan ruji rakyat negara kita, jika bekalan beras terputus pasti harganya akan meningkat sekali gus merisaukan serta membebankan para pengguna yang terpaksa mengeluarkan belanja yang lebih tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian selepas membentangkan kertas kerja bertajuk 'Dasar Bekalan Makanan dan Pelan Tindakan Strategik' sempena Seminar Padi, di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Arpan Shah Satu.

Menurut Baharom, terdapat beberapa faktor yang mengawal pengeluaran padi dan beras antaranya benih, sikap kerja petani dan mesin yang digunakan untuk memproses padi.

"Pihak kementerian bersama Institusi Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan institusi penyelidikan lain sedang melakukan penyelidikan benih baru yang tahan daripada sebarang penyakit dan mampu melindungi padi dalam menghadapi perubahan iklim mendadak.

"Selain itu, petani juga disarankan untuk mengikut amalan pertanian baik (GAP) serta tidak mengamalkan konsep 3T (tanam, tinggal dan tuai) bagi menjamin serta meningkatkan kualiti tanaman padi mereka," ujarnya.

Jelasnya, mesin untuk memproses padi juga harus diselenggara dengan baik dan dibaiki semula sekiranya rosak supaya jumlah beras yang dihasilkan dapat ditingkatkan.

Baharom seterusnya berharap supaya pelbagai kertas kerja yang dibentangkan di seminar itu dapat memberi cadangan serta langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan industri beras negara.

 

Iklan IKS 543x70


Banner
Banner
Banner


blank-white

Produk Hangat


BAKA ANAK AYAM KAMPUNG
BAKA ANAK AYAM KAMPUNG
( / Ternakan)
Rabu, 23 April 2014
noimage
Membekal Ayam Kampung
( / Ternakan)
Ahad, 20 April 2014
noimage
BIJI NANGKA
( / Buah-Buahan)
Khamis, 17 April 2014
MEMBEKAL ITIK SERATI/NILA (MUSCOVY)
MEMBEKAL ITIK SERATI/NILA (MUSCOVY)
( / Ternakan)
Rabu, 02 April 2014
noimage
Almond Chocs / Sweet Paradise / Marble Orange
( / Industri Asas Tani)
Rabu, 26 Mac 2014
Sarang Burung Walit
Sarang Burung Walit
( / Khidmat Sokongan)
Isnin, 24 Mac 2014
ANAK NANGKA
ANAK NANGKA
( / Buah-Buahan)
Khamis, 20 Mac 2014
noimage
Kerisik
( / Industri Asas Tani)
Rabu, 19 Mac 2014

Jabatan/Agensi