Carian Terperinci  

Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini11288
mod_vvisit_counterSemalam11627
mod_vvisit_counterMinggu Ini51860
mod_vvisit_counterMingu Lepas101134
mod_vvisit_counterBulan Ini268910
mod_vvisit_counterBulan Lepas292265
mod_vvisit_counterKeseluruhan2216442
TERNAKAN ITIK TELUR – SUMBER PENDAPATAN TAMBAHAN

Bidang ternakan kini semakin mendapat perhatian untuk di usahakan. Kebiasaannya ternakan yang popular adalah jenis unggas dan ruminan. Pendapatan yang lumayan dapat dijana sekiranya perlaksanaan dan pemasaran dapat dilakukan dengan sempurna. Kebanyakan ternakan komersial yang diusahakan di Malaysia adalah seperti ternakan lembu,kambing dan ayam. Sungguhpun demikian Malaysia kini masih lagi mengimport masuk bekalan makanan. 

Melihat kepada bekalan makanan dalam negara yang kurang mencukupi, maka kerajaan menyarankan agar pelbagai aktiviti ternakan  omersial dilaksanakan. Bagi menyahut cabaran ini, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pitas mengambil inisiatif untuk menjadi pembimbing kepada projek ternakan itik telur. PPK Pitas telah diberi tanggungjawab sebagai ejen pelaksana untuk projek ternakan itik telur dibawah bimbingan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP). Projek ini adalah salah satu projek dibawah ‘KPI Menteri’.

PPK  Pitas adalah antara PPK yang mendapat kepercayaan untuk memberi bantuan kepada 18 orang peserta untuk melaksanakan projek ternakan itik telur. Projek dikendalikan oleh peserta sendiri dengan bantuan dan khidmat nasihat dari anggota PPK. Bagi membantu memudahkan peserta, hasil produk ini akan dibeli semula oleh PPK untuk dipasarkan. Sehingga kini hasil projek dipasarkan adalah di sekitar Pitas, Kota Marudu, Kota Kinabalu dan Tawau. Setiap peserta projek diberi bantuan dengan kos permulaan sebanyak RM 10,000 termasuk baka dan reban bagi seorang peserta. Projek ini telah mula dilaksanakan pada tahun 2009. PPK Pitas turut menjadi contoh kepada PPK lain di Sabah atas kejayaan membimbing penternaknya sehingga berjaya.

PEMILIHAN BAKA

Aspek pemilihan baka amat penting, ia perlu dilakukan dengan berhati-hati kerana pemilihan baka adalah faktor penting untuk menentukan pengeluaran telur yang berkualiti. Di Malaysia, antara baka yang sesuai adalah kacukan ‘Khaki Champbell’ dari Thailand, Taiwan dan Australia. Jenis ‘Khaki Champbell’ merupakan salah satu jenis yang paling produktif masa kini berbanding dengan itik jenis lain seperti ‘Indian Runners’ dan ‘Taiwan Tsaiya’. Untuk mendapatkan telur itik yang berkualiti dan baik, maka ciri-ciri pemilihan baka perlu dilihat secara terperinci. Berikut adalah ciri-ciri itik penelur yang berkualiti :

• Mempunyai daya hidup yang tinggi.

• Bebas dari kecacatan.• Berat telur yang dihasilkan adalah 65 – 75 gm sebiji

.• Kulit telur adalah keras

.• Warna kuning telur adalah kemerahmerahan.

• Saiz badan itik adalah sederhana dan mempunyai  berat antara 1.3 – 1.8 kg semasa bertelur.


RUMAH DAN PERALATAN TERNAKAN 

Sama seperti ternakan ayam, ternakan itik juga perlu mempunyai kelengkapan untuk habitatnya. Rumah dan peralatan yang betul diperlukan untuk memelihara tahap kesihatan dan kualiti itik. Peredaran udara yang sempurna dan baik dapat menolong mengeringkan kelembapan dan menghapuskan gas ammonia dari najis itik. Saiz rumah juga perlu bersesuaiandengan jumlah itik yang diternak supaya dapat membesar dengan sempurna. Saizyang sesuai bagi seekor itik dewasa ialah 3 – 4 kaki persegi. Dari segi kemasan rumah, reban itik seeloknya didindingkan lebih kurang 3 kaki dari paras lantai. Pintu reban perlu dibuat dengan menghala  ke kawasan lapang supaya itik-itik yang dikurung pada malam hari selamat dari musuh dan tidak bertelur di merata kawasan. Rumah itik juga perlu mempunyai rekabentuk yang sesuai untuk memudahkan penternak membersih, merawat dan mengumpul telur.Selain itu, peralatan yang diperlukan untuk ternakan itik ini adalah seperti bekas makanan/minuman, sarang bertelur, bekas telur, baldi, skop pembancuh makanan dan sebagainya. Rumah dan peralatan yang selesa dan mencukupi penting untuk mendapatkan hasil telur yang elok.


PEMAKAN

Antara  faktor penting dalam menentukan penghasilan dan kejayaan projek ternakan adalah pemakanan. Pemakanan boleh dikawal bagi mendapatkan hasil yang memuaskan. Dari aspek ekonomi, bahan makanan akan menentukan kos pengeluaran. Oleh itu, penternak mestilah peka dan pandai memilih jenis bahan makanan yang baik dan sekaligus dapat membantu menjimatkan perbelanjaan dalam perlaksanaan projek. Kebiasaaannya, makanan untuk ternakan itik boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu bahan makanan komersil dan makanan campuran sendiri. Bagi bahan makanan komersil, ia disediakan mengikut peringkat umur itik serta dilengkapi dengan kandungan protein dan tenaga yang bersesuaian seperti jadual disebelah.Untuk bahan makanan komersil pula, ia memerlukan satu rumusan makanan yang mengandungi zat-zat keperluan dari bahan-bahan yang murah didapati dan diadun sendiri bagi penghasilan yang berkualiti. Penggunaan bahan campuran adalah berbeza dari makanan komersil.Antara bahan yang diperlukan ialah beras hancur, dedak padi, baja ikan, baja udang, serbuk kacang soya, ‘layer premix’ vitamin dan galian, batu kapur, jagung, ‘synthetic pigment’ dan lain-lain. Mengawal bahan makanan adalah amat penting dalam penternakan itik. Ia perlu dilakukan sejak umurnya 7 minggu. Kawalan makanan boleh dilakukan dengan melihat berat badan itik supaya bersesuaian dimana berat semasa bertelur bagi seekor itik adalah 1.3kg hingga 1.75kg.Kesihatan dan Kawalan PenyakitItik yang tergolong dalam kelompok unggas. Ia amat berpotensi untuk diserang penyakit. Antaranya penyakit yang biasa menyerang ternakan itik adalah ‘duck cholera’, ‘salmonellosis’, ‘pollurom’ dengan berak kapur, ‘botulismus’ dan penyakit cacing yang boleh menyebabkan kematian. Untuk itu, pencegahan yang rapi perlu dilakukan oleh penternak untuk mengelak dari mengalami kerugian akibat penyakit. Kawalan harus dilakukan bagi mengelakkan dari terkena serangan penyakit. Pencegahan tersebut adalah seperti :

• Menjaga kebersihan ladang setiapmasa.

• Memberi makanan yang baru, bermutudan tidak berkulat.

• Memberi air bersih dimana iamengandungi ubat ‘antistress’.

• Itik yang menunjukkan tanda sakitperlulah diasingkan untuk rawatan.

• Mencuci reban dengan pembasmikuman  seperti Lysol, lindoress sebelum ketibaan anak-anak itik yang baru.


Selain  aspek pemilihan baka, rumah dan peralatan serta kesihatan dan kawalan penyakit. Faktor pengurusan yang cekap juga amat penting. Ini perlu dilakukan bagi mendapatkan telur itik yang sihat dan berkualiti. Apsek pengurusan adalah merangkumi persediaan sebelum ketibaan anak itik, pemeliharaan semasa perindukan, pengurusan semasa membesar dan pengurusan semasa bertelur. Keperluan pengurusan ini perlu dilaksanakan dengan teliti bagi memastikan projek tersebut berjaya. Penghasilan  kepada telur itik yang segar adalah dari penjagaan dan pemeliharaan yang sempurna oleh penternak. Namun begitu terdapat juga faktor yang tidak dapat dikawal seperti bencana alam. Pengurusan rekod yang baik juga penting untuk mengetahui kedudukan projek, untung/rugi projek, titik pulang modal dan sebagainya.

 

Iklan IKS 543x70


Banner
Banner
Banner


blank-white

Produk Hangat


noimage
Membekal Ayam Kampung
( / Ternakan)
Ahad, 20 April 2014
noimage
BIJI NANGKA
( / Buah-Buahan)
Khamis, 17 April 2014
MEMBEKAL ITIK SERATI/NILA (MUSCOVY)
MEMBEKAL ITIK SERATI/NILA (MUSCOVY)
( / Ternakan)
Rabu, 02 April 2014
noimage
Almond Chocs / Sweet Paradise / Marble Orange
( / Industri Asas Tani)
Rabu, 26 Mac 2014
Sarang Burung Walit
Sarang Burung Walit
( / Khidmat Sokongan)
Isnin, 24 Mac 2014
ANAK NANGKA
ANAK NANGKA
( / Buah-Buahan)
Khamis, 20 Mac 2014
noimage
Kerisik
( / Industri Asas Tani)
Rabu, 19 Mac 2014
noimage
BAJA NO. 1 TERBAIK UNTUK KELAPA SAWIT
( / Khidmat Sokongan)
Selasa, 18 Mac 2014

Jabatan/Agensi