Carian Terperinci  

Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini268
mod_vvisit_counterSemalam12825
mod_vvisit_counterMinggu Ini69466
mod_vvisit_counterMingu Lepas99057
mod_vvisit_counterBulan Ini270715
mod_vvisit_counterBulan Lepas292265
mod_vvisit_counterKeseluruhan2218247
Ternakan Ayam Kampung Jana Pendapatan

Pemilihan beliau sebagai seorang peserta e-Kasih adalah ekoran daripada pengumuman kerajaan bahawa Parlimen Kuala Krai diisytiharkan sebagai Parlimen Angkat kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA) pada tahun 2008, dengan matlamat untuk membasmi kemiskinan kepada 100 orang penduduk miskin tegar. Ini selaras dengan pendekatan kerajaan, “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” di mana MoA telah menetapkan salah satu Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kepada YB Menteri ialah meningkatkan pendapatan Golongan Berpendapatan Rendah.


Untuk merealisasikan hasrat kerajaan berkenaan, beberapa projek ekonomi pertanian telah diberikan secara pakej kepada 100 orang peserta terpilih dengan nilai bantuan sebanyak RM10,000.00 seorang. Semua peserta diwajibkan menghadiri Kursus Pembangunan Modal Insan dan Kursus Teknikal sebelum melaksanakan projek, termasuklah En Mohd Zulkafli bin Che Man. Selain itu, peserta juga dibimbing dan projek mereka dipantau serta diselia oleh Jabatan dan Agensi teknikal yang terlibat dalam bidang masing-masing. Manakala FAMA dipertanggungjawabkan untuk menguruskan pemasaran hasil-hasil yang dikeluarkan.


En Zulkafli yang memulakan projek ternakan ayam kampung pusingan pertama sebanyak 600 ekor telah mengurus dan menjaga ternakan dengan baik dimana daripada jumlah ayam yang diternak, hanya 4 ekor sahaja yang mati. Ini disebabkan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh beliau terhadap projek, dan atas inisiatif serta hasrat beliau untuk lebih berjaya, dengan sedikit nasihat dan idea yang diberikan oleh PPK Kuala Krai, beliau telah memasarkan sendiri ayamayam yang diternak. Hasilnya beliau telah memperolehi pendapatan jualan ayam pusingan pertama sebanyak lebih daripada RM6,000.00 sedangkan peserta lain hanya memperolehi antara RM2,000.00 hingga RM3,500.00 sahaja.Sejak dari itu, Zulkafli tidak menoleh kebelakang lagi. Ternakan pusingan kedua dimulakan pada pertengahan Februari 2011 dengan memasukkan sejumlah 1,000 ekor anak ayam. Selain itu, bagi memastikan bekalan ayam sentiasa mencukupi untuk menampung permintaan semasa, beliau telah mewujudkan 3 orang mantee (penternak ayam kampung) dibawah kelolaannya sendiri dikawasan berdekatan. Dalam usaha mengembangkan lagi pemasaran dan sebagai memenuhi permintaan yang semakin meningkat, beliau telah membuat perjanjian tidak rasmi dengan PPK Kuala Krai, dimana beliau telah dilantik sebagai agen pemasar ayam kampung yang diternak oleh semua peserta e-Kasih yang lain. Sehingga kini, beliau telah membeli kesemua ayam kampong daripada 10 orang penternak yang terlibat, yang semuanya adalah peserta program e-Kasih. Kesemua ayam yang dibeli adalah dijual sebagai ayam proses segar dengan kadar harga antara RM9.00 hingga RM9.50/kg. Kini beliau boleh berbangga kerana beliau telah dikenali di Kuala Krai sebagai pembekal utama ayam kampong.


Setelah mengusahakan projek ini selama 4 bulan, En Zulkafli telah berhenti daripada menjadi penoreh getah dan menumpukan masa sepenuhnya terhadap usaha yang dijalankan ini. Dan Alhamdulillah, sehingga akhir Mei 2011, beliau telah memperolehi nilai jualan ayam kampung terkumpul sebanyak hampir RM50,000.00 dengan purata jualan sebulan sebanyak RM12,500.00. Dalam tempoh itu, telah dapat dilihat beberapa perubahan kemajuan dan impak yang telah dicapai oleh En Zulkafli, diantaranya:


• Membeli sebuah motorsikal terpakai untuk mengangkut ayam proses ke pasar dengan harga RM2,500.00 secara tunai.

• Melantik 4 orang pekerja untuk memproses ayam yang ditempah.

• Melantik seorang ejen pemasar di Pasar Borong Kuala Krai berasaskan komisen.

• Membeli sebuah freezer berharga RM800.00 untuk penyimpanan ayam sembelih.

• Telah membina sebuah reban tambahan dengan kapasiti 850 ekor.

• Beliau dilantik sebagai penceramah mengenai ternakan ayam kampung dalam kursus-kursus anjuran LPP Kelantan.


Disebabkan permintaan yang semakin bertambah namun keupayaan memproses ayam memakan masa yang agak panjang, maka beliau telah memohon kredit daripada PPK Kuala Krai sebanyak RM1,500.00 untuk membeli sebuah mesin mencabut bulu ayam, dan dengan adanya mesin berkenaan, beliau kini telah mempu memproses ayam dalam tempoh masa yang singkat dan dapat membekal ayam proses ke pasaran dengan segera dan dapat memenuhi permintaan pelanggan dengan cekap dan dalam masa yang diperlukan. Menurut En Zulkafli, pada masa ini beliau menghadapi sedikit masalah berkaitan modal pusingan terutama sekali apabila pembelian ayam-ayam dari peserta yang dilakukan dalam kuantiti yang besar dan kos untuk makanan bagi ayam yang diternak sendiri. Pada masa ini beliau telah memperolehi pinjaman daripada TEKUN sebanyak RM5,000.00 namun masih tidak dapat menampung kos operasi. Oleh itu, beliau kini sedang berurusan untuk membuat Pendaftaran Perniagaan yang mana dengannya nanti, isteri beliau akan menggunakannya untuk membuat pinjaman dengan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sebanyak RM50,000.00. Bagi menyokong permohonan pinjaman ini, beliau amat memerlukan Surat Perakuan atau Surat Perlantikan Sebagai Usahawan Mikro daripada pengurusan LPP. Apabila ditanya mengenai petua bagaimana untuk memastikan projek ayam kampung ini berjaya, En Zulkafli menggariskan petua berikut:


• Rajin memerhati tabiat ayam pada setiap masa, siang dan malam.

• Amalkan sistem penjagaan yang baik dan sistematik.

• Tidak lokek untuk membeli ubatubatan dan vitamin.

• Sering berkongsi ilmu dengan rakanrakan penternak.

• Rajin bertanya dan berurusan dengan jabatan dan agensi.

• Paling penting, semangat mesti tinggi, kental dan sabar.


Saranan dan nasihat beliau kepada semua peserta program e-Kasih, walau berada di mana sahaja, bersyukurlahkepada Allah kerana kita sebenarnya terpilih untuk berubah dan telah diberi jalan olehNya untuk merubah nasib diri dan keluarga kita. Tinggal lagi, jagalah projek dan usahakan projek yang diberi oleh kerajaan dengan sebaik mungkin agar kita benar-benar berjaya merubah nasib kita kearah yang lebih baik. Ingatlah, “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib kita, melainkan kita sendiri berusaha untuk mengubahnya”.

 

Iklan IKS 543x70


Banner
Banner
Banner


blank-white

Produk Hangat


noimage
Membekal Ayam Kampung
( / Ternakan)
Ahad, 20 April 2014
noimage
BIJI NANGKA
( / Buah-Buahan)
Khamis, 17 April 2014
MEMBEKAL ITIK SERATI/NILA (MUSCOVY)
MEMBEKAL ITIK SERATI/NILA (MUSCOVY)
( / Ternakan)
Rabu, 02 April 2014
noimage
Almond Chocs / Sweet Paradise / Marble Orange
( / Industri Asas Tani)
Rabu, 26 Mac 2014
Sarang Burung Walit
Sarang Burung Walit
( / Khidmat Sokongan)
Isnin, 24 Mac 2014
ANAK NANGKA
ANAK NANGKA
( / Buah-Buahan)
Khamis, 20 Mac 2014
noimage
Kerisik
( / Industri Asas Tani)
Rabu, 19 Mac 2014
noimage
BAJA NO. 1 TERBAIK UNTUK KELAPA SAWIT
( / Khidmat Sokongan)
Selasa, 18 Mac 2014

Jabatan/Agensi